wan sha collection

Menjual pelbagai jenis
-bunga
-pasu
-bakul
-gubahan hantaran perkhahwinan
-menerima tempahan hantaran gubahan perkhahwinan &pertunangan
-gubahan bunga

-Lot 1001,Tingkat Bawah,Pusat Perniagaan Sura Gate,23000 Dungun Terengganu.
-h/p:0199809298
:0139524938

Monday, December 20, 2010

Gubahan Sirih Junjung

Di Malaysia, tradisi ini dikatakan mungkin bermula tanpa pengaruh luar. Masyarakat India menyatakan bahawa sirih pada mulanya bukan untuk dimakan, tetapi adalah sebagai bahan persembahan sewaktu sembahyang di kuil-kuil sahaja. Beberapa daun sirih akan dihidangkan bersama-sama sebelah kelapa yang telah dibelah dua berserta dua biji pisang emas sebagai persembahan untuk dewa.
Kini sirih menjadi popular dikalangan masyarakat Melayu, selain dimakan oleh masyarakat marhaen, juga sebagai simbol adat resam dan adat istiadat Melayu yang telah menjadi suatu kepastian di dalam beberapa upacara adat kaum tersebut. Dalam urusan nikah kahwin, perubatan tradisional dan banyak lagi adat adalah sebagai contoh dimana sirih itu digunakan secara beradat sekali.
Sirih junjung dihias cantik sebagai sebahagian barang hantaran pengantin dan juga sirih penyeri kepada pengantin perempuan. Selain itu di dalam upacara rasmi kebesaran istana dan kerajaan juga, sirih junjung memainkan peranan penting, dimana ianya menjadi penyeri majlis dan mengepalai sesuatu perarakan yang diadakan.
                                                

No comments:

Post a Comment